2011年12月1日星期四

Teks Ucapan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor sempena Ulang Tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor

Teks Ucapan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor sempena
Ulang Tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor

26hb November 2011


Gambar 1 (Dari Kiri): Encik Mohd Nazari (pengerusi KERABAT), Cik Fang Pei Fen (koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 Johor) dan En. Nyam Kee Han (yang berdiri dan memberi ucapan) (ahli sekretariat JK Kerja Sahabat SUARAM).

Sempena karnival ulang tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor yang berlangsung selama tiga hari dari 25 November hingga 27 November 2011 di Dataran Haji Mardi, Ayer Hitam, wakil daripada Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor dan SUARAM (cawangan Johor Bahru) dijemput untuk menghadiri karnival tersebut. Berikut merupakan mesej solidariti yang dibawakan oleh saudara Nyam Kee Han, wakil JK Sahabat SUARAM, pada karnival tersebut. Selain iti, Koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 negeri Johor, Fang Pei Fen juga dijemput untuk memberi penerangan tentang 8 tuntutan segera BERSIH 2.0.

Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor dan SUARAM (cawangan Johor Bahru) mengucapkan tahniah atas kejayaan mengadakan ulang tahun ke-60 PAS Johor dan semoga memperoleh hasil yang lumayan; Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada PAS Johor atas jemputan kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghadiri program parti yang penting ini. Kami merasakan bahawa jemputan ini membawa makna seperti berikut:

(1) Usaha yang dicurahkan oleh JK Sahabat SUARAM Johor dan SUARAM JB, terutamanya dalam konteks membantah pemerintahan hegemoni UMNO dan memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi, telah mendapat kefahaman dan sokongan daripada PAS Johor. Ini merupakan satu galakan yang amat memberangsangkan, supaya kami lebih berkeyakinan dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum untuk menolak pemerintahan hegemoni dan menggerakkan perkembangan demokrasi di negara kita.

(2) Perjuangan yang tegas dan teguh oleh PAS Johor dalam membantah pemerintahan hegemoni dan merealisasi kebenaran Islam di kubu UMNO (negeri Johor) ini akan berhubung rapat dengan perjuangan rakyat berbilang kaum untuk membantah pemerintahan hegemoni dan memperjuangkan hak asasi dan demokrasi di negeri ini. Kami, selaku salah satu NGO yang menggerakkan hak asasi dan demokrasi di negeri ini, sudi bekerjasama dan berjuang bersama-sama dalam konteks membantah pemerintahan hegemoni dan memperjuangkan hak asasi dan demokrasi.


Masih ingat 9 Julai tahun ini, anggaran kira-kira 50 ribu rakyat yang terdiri daripada kaum yang berlainan, lapisan yang berlainan, umur yang berlainan, jantina yang berlainan, daripada parti politik yang berlainan, budaya yang berlainan dan agama yang berlainan, membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur dari seluruh pelusuk negara demi memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”. Mereka bersedia menyertai “perhimpunan besar-besaran dan perarakan demokrasi” yang diadakan pada hari itu. Tindakan penangkapan dan represif yang keras daripada kerajaan Barisan Nasional telah mendorong 50 ribu rakyat tersebut berdemonstrasi di beberapa jalan raya yang seterusnya berkembang menjadi satu “Perarakan Tunjuk Perasaan” yang besar dan memberangsangkan. Oleh itu, “9 Julai” sememangnya satu hari yang bermakna dan bersejarah dalam gerakan demokrasi di negara kita.

Selepas perarakan tunjuk perasaan 709, tiada balasan positif daripada Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" yang diutarakan oleh BERSIH 2.0. Rejim pemerintahan BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya, yang hanya bermotif untuk menipu rakyat dan terus mengekalkan pemerintahan mereka.

Sekarang, BERSIH 2.0 telah melancarkan kempen baru iaitu “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”. BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan bekerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip “tidak berpartisan” (non-partisan) dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya di setiap bandar, pekan dan desa dalam negeri masing-masing.

Justeru, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (Friends of SUARAM, FOS) Negeri Johor, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akarumbi yang bergiat aktif dalam memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di Negeri Johor, sudah pasti menyahut seruan BERSIH 2.0 ini dan mengambil inisiatif untuk berhubung dengan NGO-NGO, individu-individu dan parti-parti politik yang mendokong demokrasi dan hak asasi manusia. Pada 16hb November 2011, satu “Jawatankuasa Perhubungan BERSIH 2.0 Negeri Johor” yang terdiri daripada FOS Johor, Persahabatan Semparuthi Johor, Ikram Johor, Persatuan Ulama Malaysia Johor dan Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) telah ditubuhkan dan bermatlamat untuk berusaha memperjuangkan “Pilihanraya yang Bersih dan Adil”.

Pihak kami telah menyatakan pemahaman tentang pendirian “non-partisan” BERSIH 2.0 melalui kenyataan akhbar yang bertarikh 17hb November 2011. BERSIH 2.0 menekankan prinsip “tidak berpartisan”, mungkin berdasarkan pertimbangan penting yang berikut:

(1) Pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri adalah urusan penting yang berkait rapat dengan kepentingan RAKYAT seluruh negara. Sifat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan oleh sifat wakil dan parti yang dipilih oleh RAKYAT dalam pilihanraya. Kehidupan RAKYAT jelata pula ditentukan dan dikawal oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dibentuk oleh wakil dan parti yang dipilih ini. Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun sebab adanya sistem pilihanraya dan “peraturan dan regulasi” yang diwarisi daripada pihak penjajah British. Padahal, kekuatan perpaduan, hasrat bersama dan tindakan tegas RAKYAT semua bangsa dan semua lapisan yang sepatutnya merupakan daya gerak sebenar dan faktor penentu kepada pilihanraya dan masa depan negara.

(2) Semua parti politik di bawah sistem parlimen negara kita merupakan pertubuhan politik yang mewakili kepentingan golongan bangsa, kelas dan kumpulan yang tertentu, ianya ditubuhkan, wujud dan berkembang demi merampas kuasa atau mengukuhkan kuasa pemerintahan. Oleh demikian, setiap parti politik sudah pasti mempunyai semangat partisan dan agenda masing-masing. Konflik yang wujud antara kem Barisan Nasional (BN) yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahannya dengan kem parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR) dan parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan adalah konflik yang bersifat hidup mati; Dalam kem BN, konflik antara parti komponen BN yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahan tidak dapat dielakkan; Dalam kem pembangkang pula, konflik antara 3 parti komponen PR dan antara PR dengan parti-parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan persekutuan dan negeri turut tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Untuk memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, sebarang corak partisan dan agenda persendirian parti-parti politik seharusnya ditolak, manakala kepentingan dan hasrat bersama seluruh RAKYAT harus ditekan. Hanya dengan demikian, sokongan dan kerjasama yang paling meluas dapat diwujudkan.

(3) Bersih 2.0 merupakan gabungan yang terdiri daripada NGO-NGO dalam negara kita demi memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, dan bukan untuk merampas atau memegang kuasa pemerintahan negara. Badan bukan kerajaan (NGO) adalah relatif dengan konsep kerajaan atau badan kerajaan. Sifat dan posisi NGO tidak akan berubah mengikut mana-mana parti politik yang berkuasa, di bawah pemerintahan BN, NGO tetap NGO, di bawah pemerintahan PR atau parti politik lain, pun tetap NGO. NGO akan sentiasa bertindak demi kepentingan rakyat. Pengalaman aksi 709 telah membuktikan bahawa pendirian dan pandangan NGO yang jelas dan tegas iaitu “bersama rakyat” dan “berkhidmat untuk rakyat”. Ianya bukan sahaja mudah memberi keyakinan dan diterima oleh rakyat semua bangsa semua lapisan, ia juga tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dan toleransi dengan pelbagai parti politik dan pelbagai agama. Hanya dengan bertegas dengan kedudukan bebas dan proaktif NGO, Bersih 2.0 mampu memenangi sokongan dan kepercayaan yang meluas.

Kami setuju dengan pendirian tidak berpatisan BERSIH 2.0 berdasarkan pemahaman yang dinyatakan diatas. Pada masa yang sama, pihak kami mengiktiraf posisi dan fungsi setiap parti politik dan menghormati kebebasan dan inisiatif setiap parti politik dalam perjuangan politik. Walau bagaimanapun, NGO-NGO, parti-parti politik serta ahli parti dan rakyat jelata dibawah pimpinan parti-parti politik ini yang mempetahankan demokrasi dan hak asasi manusia harus bekerjasama dan saling memberi sokongan demi memperjuangkan kepentingan dan aspirasi rakyat untuk masa depan yang cerah.

Kami, sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam negeri Johor, mengumumkan dengan serius bahawa kami sudi bekerjasama rapat dengan PAS serta parti-parti politik yang lain untuk berjuang bersama demi kepentingan rakyat Johor mahupun seluruh negara, demi reformasi piliharaya jangka masa pendek dan panjang.


Ahli Sekretariat FOS Johor
Nyam Kee Han


Gambar 2 Dari Kiri: Pengrusi Majlis Cikgu Normala Sudirman, Puan Fatimah (Timbalan Pengerusi Dewan Muslimat negeri Johor), Cik Kumuta a/p Raman (Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Johor), Cik Fang Pei Fen (koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 Johor ) dan YB Salahhudin Ayub (Timbalan Pengerusi PAS, yang berdiri dan memberi ucapan)

柔佛州伊斯兰党60周年党庆 柔佛州人民之友工委会献词

柔佛州伊斯兰党60周年党庆
柔佛州人民之友工委会献词

20111126

图一左起: 前军人福利协会(KERABAT)主席莫哈末那查里(Mohd Nazari)、柔佛州净选盟2.0联络委员会协调员方佩芬 )及柔佛州人民之友工委会秘书处成员严居汉(站立演讲者)

柔州人民之友工委会与大马人民之声(SUARAM)新山支会受邀派出代表出席由柔佛州伊斯兰党于20111125日至27日(为期三天)假Dataran Haji Mardi, Ayer Hitam举行的庆祝柔佛州伊斯兰党成立60周年纪念大会。以下内容是工委会代表严居汉在大会上所作的献词(Solidarity Message)。此外柔佛州净选盟2.0联委会协调员也受邀在同台向民众讲解有关净选盟2.0《8大诉求》。

柔佛州人民之友工委会与大马人民之声(新山支会)恭贺柔佛州伊斯兰党成立60周年纪念大会顺利举行并取得丰硕成果;感谢贵党诚意邀请作为非政府组织的我们,出席贵党的这个重要活动。我们认为,贵党的此次邀请具有以下两个意义:-

1)对柔佛州人民之友与SUARAM JB来说,我们十多年在新山以及柔佛州所作的努力和付出,特别是在反对巫统霸权统治、争取民主人权的工作上,已获得柔佛州伊斯兰党的了解和支持。这无疑是对我们的巨大鼓舞,让我们更信心团结各族人民反掉霸权统治,推进我国民主化的进程。

2)对柔佛州伊斯兰党来说,其意义是,你们在巫统堡垒区(柔佛州)的坚持不懈反对霸权统治、实现伊斯兰正义的斗争,将与州内各族人民反对霸权统治、争取民主人权的斗争,更紧密地联系起来。作为在柔佛州促进民主人权的其中一个非政府组织,我们愿意与你们在反对霸权统治、争取民主人权方面,互相配合,共同斗争。

记得今年79日,这一天,估计约有5万之多的群众,其中包括不同民族、不同阶层、不同年龄、不同性别、不同党派人士,不同文化背景以及不同宗教信仰者,为了争取干净与公正的选举,从四面八方涌向吉隆坡市区,准备出席当天举行的大集会与民主之行,由于遭遇国阵政府在集会之前进行的专横逮捕和暴力镇压,而别无选择在吉隆坡几条街道展开了激动人心的大规模示威游行。因此,“709”在我国民主运动的历程中,无疑是一个具有历史意义的日子。

709大示威游行之后,国家元首和国阵政府仍然没有正面回应净选盟2.0所提呈的《选举改革8大诉求》。以纳吉为首的国阵统治集团只是草草的设立一个所谓改革选举制度国家特别遴选委员会,一如既往地耍弄一些伎俩,企图骗取人民的支持、继续维持他们的统治地位。

如今,净选盟2.0开展了另一项最新的先实现《8大诉求》,才举行13届大选宣传活动。净选盟2.0也希望,在各州的各个非政府组织,应该自发自动联系合作,以便迅速成立一个非党性(Non-Partisan)代表净选盟州联络委会,负责在各州内的城市和乡村,广泛宣传当前《选举改革8大诉求》,大力推动选举改革运动的各项工作。

为此,柔佛州人民之友工委会,作为一个在柔佛州活跃的为民主人权而奋斗的草根组织,理所当然积极响应净选盟2.0的这项号召,主动联系了一些州内较为活跃的非政府组织和倾向民主、维护人权的政党或个人。我们于本月16日晚成立了净选盟2.0柔佛州联络委员会,委员包括柔佛州人民之友工委会、柔佛州大红红花之友、柔佛州马来西亚服务组织、柔佛州马来西亚宗教师协会及林连玉基金(新山联委会),决定为争取干净及公平的选举而做出一些努力和贡献。

我们在今年1117日文告中表达过我们对净选盟2.0的非党性立场的理解。净选盟2.0之所以强调必须坚持非党性的原则,大概是由于以下的重要考虑:
1联邦国会和各州议会选举,都是关系全国各地(全体)人民利益的国家大事;人民选出什么性质的代表及其政党,从而组成什么性质的联邦政府或州政府,就让这些代表及其政党所组成的联邦或各州政府,决定和支配人民过着什么样的生活。我国因为一直沿用着英国殖民政府遗留下来的议会选举游戏规则,已经让联盟政府和国阵政府连续统治超过50年了。在一般正常的情况下,各民族、各阶层人民团结的力量、共同的愿望和坚决的行动,才是议会选举和国家前途的真正动力和决定因素。

2在我国议会制度下的所有政党,都是代表着一定的族群、阶级及集团的利益,为了夺取或巩固政权而产生、而存在、而发展的政治组织。因此,各个政党理所当然都具有各自不同的党性和议程。居于联邦政府执政地位的国阵阵营为了延续和巩固政权,反对党阵营如民联和其他反对党为了夺取政权,两个阵营之间的矛盾斗争是你死我活的;为了延续和巩固政权,在国阵阵营内部,国阵成员党之间是必然存在着矛盾斗争的;为了夺取或分享国州政权,在反对党阵营内部,民联三党之间以及民联三党与其他反对党之间也是必然存在着矛盾斗争的。因此,要争取干净与公平选举,最好是排除任何形式的党性和任何政党的个别议程,强调人民的共同利益和共同愿望。只有这样,才能获得最广泛支持与合作。

3净选盟2.0是国内非政府组织的联盟,为的是争取干净与公平选举,不是为夺取或掌握国家权力。非政府组织是对应政府组织而存在的,它的性质和地位,不会因不同政党执政而改变或有所不同,在国阵执政下是非政府组织,在民联或其他政党执政下还是非政府组织,永远是站在人民立场上,为人民利益说话和做事。“709” 实践证明,非政府组织所展示的与人民同在为人民服务的坚定立场和明确主张,不仅容易为各民族、各阶层人民所信任和接受,而且不难为各党派、各宗教人士所理解和包容。净选盟2.0坚持非政府组织的独立性和主动性,才能赢得最可靠的信任与支持。

我们是基于上述的理解而认同净选盟2.0 的非党性立场,同时也认同各个政党在政治斗争中的地位和作用,并尊重各个政党在政治斗争中的独立性和主动性。无论如何,非政府组织必须与维护民主人权的政党,以及这些政党领导下的党员及其影响下的广大群众,相互配合、相互支持,为人民的利益和愿望而共同奋斗,才有光明前途。

作为柔佛州内活动的一个非政府组织,我们谨此庄严表示,愿意与伊斯兰党以及其他政党紧密合作,为柔州以至全国人民利益,为当前以及长远选举改革共同奋斗!


柔佛州人民之友工委会
秘书处秘书 严居汉 敬启


(图二左起:大会司仪诺玛拉(Normala Sudirman)、柔佛州回教党妇女组副主席法蒂玛(Fatimah)、柔佛州回教党支持者大会堂妇女组主席古姆达(Kumuta A/P Raman)、回教党妇女组宣传局主任艾曼(Aiman Athirah Al-Jundi)、 柔佛州净选盟2.0联络委员会协调员方佩芬 及回教党副主席沙拉胡丁(Salahhudin Ayub) (站立演讲者).