Perasaan
Hindraf sekarang adalah :-
Tidak
rela ditipu oleh BN selama 55 tahun,
Mengharapkan
PR dapat melaksanakan reformasi sebenar
Diterjemahkan oleh Sdr Goh Chee Horng
14hb Mac 2013, saya menaiki Komuter KTM seorang diri, bertolak dari Stesen
UKM ke Stesen Rawang. Sebaik sahaja sampai ke Rawang, terus saya menuju ke
sebuah kuil Hindu yang berdekatan. 4 hari yang lepas, saya dengan 4 orang ahli
jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Pei Shan, Choo Shinn Chei dan
Chen Xin) pernah melawati kuil ini untuk menyertai upacara doa HINDRAF HUNGER
VIRATHAM yang diketuai oleh pengerusi HINDRAF, Waythamoorthy. Tersentuh dengan
semangat mereka, saya memutus untuk menyertai aksi mogok lapar HINDRAF selama
24 jam, sebagai tanda penghormatan kepada Waythamoorthy dan sokongan terhadap
aksi mogok lapar tersebut.
Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan
kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah Bangsa India di Malaysia
yang majoritinya hanya tinggal kain sehelai sepinggan. Beliau berharap rejim memerintah
menghentikan penindasan kejam terhadap Rakyat Bangsa India di Malaysia. Beliau
juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, dan Pakatan
rakyat (atau bakal kerajaan) yang diketuai oleh Anwar akan memandang serius
tentang kesengsaraan Bangsa India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan
saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah kerana:-
- Menyokong tindakan benar Hindraf yang
memperjuangkan hak-hak Bangsa India yang telah diketepikan sekian lama,
dan juga hak-hak bangsa minoriti lain.
- Menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan
berpartisan (non-partisan) sepanjang perjuangan mereka.
Pandangan saya di atas merupakan hasil tinjauan saya, di mana saya
bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dari negeri Johor, berpeluang
berbincang secara mendalam dengan Waythamoorthy dan pemimpin-pemimpin akar umbi
Hindraf beberapa kali dalam masa setengah tahun yang lepas, dan agak memahami
perkembangan dan perubahan Hindraf. Saya dapat merasai keteguhan dan ketabahan
Waythamoorthy, dan juga keikhlasan dan kejujuran beliau.
Gerakan menentang penindasan dan perjuangan menegakkan
hak dan maruah kaum India yang diketepikan dan ditindas oleh Hindraf telah “dikritik”
dan “ditolak” oleh pertubuhan, parti dan individu yang dikatakan “melindungi
hak asasi manusia” dan “mempertahankan hak semua bangsa”. Pandangan teras
mereka adalah: Hindraf tidak patut berjuang “berasaskan sifat perkauman” (race
based), sebaliknya haruslah berjuang “berasaskan keperluan” (needs based).
Pendapat seperti ini tidak salah jika dilihat daripada segi gerakan sosial
secara umum. Tetapi jika dilihat daripada segi hubungan antara penindasan
bangsa dan bangsa yang ditindas, maka kritikan seperti ini berbaur
menyembungikan atau menutupi kenyataan bahawa masalah penindasan bangsa masih
merupakan masalah asas dalam masyarakat Malaysia.
Maka, tindakan HINDRAF mengemukakan tuntutan dan hasrat disifatkan
suatu tindakan perkauman adalah tidak benar. Tindakan Hindraf sebenarnya serupa
dengan DongZong atau Pertubuhan Cina lain yang mengemukakan hasrat dan tuntutan
Bangsa Tiong Hua, mereka cuma mewakili rakyat berbangsa India di Malaysia untuk
mengemukakan hasrat dan tuntutan. Persamaan kedua-dua pihak ini adalah mereka
telah menonjolkan keadaan tertindas dua bangsa dan mengemukakan harapan dan
tuntutan daripada perspektif bangsa tertindas masing-masing. Tindakan mereka
langsung tidak berniat untuk mengkakis hak dan maruah bangsa yang lain. Apakah tindakan
seperti ini salah? Kenapa mereka dituduh sebagai bersifat perkauman? Jika berbincang
tentang “berasakan
keperluan”,
saya berpendapat bahawa masalah-masalah bangsa India di Malaysia haruslah
dipandang berat oleh mereka yang membantah tindakan “berasaskan
perkauman”,
terutamanya Pakatan Rakyat yang telah bersedia untuk memerintah Negara ini. Ini
adalah kerana jika berbanding dengan bangsa lain, masyarakat miskin berbangsa
India dalam kesengsaraan ini sesungguhnya sangat memerlukan bantuan yang
konkrit.
Hindraf telah membuat
penyelidikan yang banyak dalam aspek masalah-masalah yang dihadapi oleh
masyarakat berbangsa India. Mereka telah merangkumi masalah-masalah yang
terdesak ke dalam “5
years blueprint”, dan mengemukakan
cadangan-cadangan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah buat selama-lamanya.
Mereka berharap blueprint ini mendapat
sokongan bertulis daripada mana-mana gabungan politik (sama ada Barisan
Nasional ataupun Pakatan Rakyat). Hindraf secara terbuka berjanji akan
menyokong dan berkempen untuk parti politik yang endos secara bertulis “5 years blueprint”ini.
Fokus Hindraf hanya pada cara untuk membebaskan Bangsa India daripada
kesengsaraan melalui saluran parti politik. Sejak “5 years blueprint”ini
dikemukakan pada 25hb Disember 2012, banyak usaha telah diusahakan, setakat
kini masih tidak mendapat balasan positif daripada kedua-dua PR dan BN.
Masyarakat bangsa India
telah ditindas secara berterusan oleh hegemoni perkauman UMNO-BN. Mengikut
percakapan Waythamoorthy, Hindraf tidak mungkin masih berkhayalan terhadap UMNO ataupun kerajaan BN. Maka,
mereka hanya boleh menaruhkan harapan kepada gabungan parti pembangkang
terbesar pada masa kini iaitu Pakatan Rakyat untuk menyokong dan endos “5 years blueprint”
mereka. Saya berpendapat bahawa perasaan Hindraf sekarang adalah: tidak rela
ditipu oleh BN selama 55 tahun, mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi
sebenar. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PR masih belum memberi respon
yang positif, ini pasti telah mengecewakan Hindraf.
Selepas menyertai mogok
lapar ini selama 24 jam, saya dapat merasai bahawa, kehidupan Bangsa India telah
sampai ke jalan buntu kerana ditindas oleh sistem penindasan bersifat perkauman.
Aksi mogok lapar Waythamoorthy adalah balasan Bangsa India terhadap reaksi
kedua-dua PR dan BN yang tidak mengendahkan “5
years blueprint”Hindraf. Pakatan Rakyat
boleh menyatukan kuasa Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack demi
kemaraan mereka ke Putrajaya, mengapa tidak Hindraf yang merupakan kuasa teras
dalam membantah perkauman, malah termasuk kuasa-kuasa lain yang membantah rejim
UMNO-BN seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM),
Human Rights Party (HRP), BERSIH 2.0, parti-parti politik lain , NGO-NGO dan
individu-individu demokratik. Saya percaya bahawa, rakyat jelata Malaysia
sangat berharap satu barisan penyatuan demokratik yang kuat dapat ditubuhkan
secepat mungkin, supaya dapat menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO. Jadi,
apa kata Pakatan Rakyat?
FMT : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/03/29/hindraf-tidak-rela-ditipu-bn/
Tranungkite : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=4889
or
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4889