2013年3月29日星期五



Perasaan Hindraf sekarang adalah :-
Tidak rela ditipu oleh BN selama 55 tahun,
Mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi sebenar
Diterjemahkan oleh Sdr Goh Chee Horng

14hb Mac 2013, saya menaiki Komuter KTM seorang diri, bertolak dari Stesen UKM ke Stesen Rawang. Sebaik sahaja sampai ke Rawang, terus saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. 4 hari yang lepas, saya dengan 4 orang ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Pei Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) pernah melawati kuil ini untuk menyertai upacara doa HINDRAF HUNGER VIRATHAM yang diketuai oleh pengerusi HINDRAF, Waythamoorthy. Tersentuh dengan semangat mereka, saya memutus untuk menyertai aksi mogok lapar HINDRAF selama 24 jam, sebagai tanda penghormatan kepada Waythamoorthy dan sokongan terhadap aksi mogok lapar tersebut.

Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah Bangsa India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal kain sehelai sepinggan. Beliau berharap rejim memerintah menghentikan penindasan kejam terhadap Rakyat Bangsa India di Malaysia. Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, dan Pakatan rakyat (atau bakal kerajaan) yang diketuai oleh Anwar akan memandang serius tentang kesengsaraan Bangsa India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah kerana:-
  1. Menyokong tindakan benar Hindraf yang memperjuangkan hak-hak Bangsa India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain.
  2. Menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan (non-partisan) sepanjang perjuangan mereka.

Pandangan saya di atas merupakan hasil tinjauan saya, di mana saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dari negeri Johor, berpeluang berbincang secara mendalam dengan Waythamoorthy dan pemimpin-pemimpin akar umbi Hindraf beberapa kali dalam masa setengah tahun yang lepas, dan agak memahami perkembangan dan perubahan Hindraf. Saya dapat merasai keteguhan dan ketabahan Waythamoorthy, dan juga keikhlasan dan kejujuran beliau.

Gerakan menentang penindasan dan perjuangan menegakkan hak dan maruah kaum India yang diketepikan dan ditindas oleh Hindraf telah “dikritik” dan “ditolak” oleh pertubuhan, parti dan individu yang dikatakan “melindungi hak asasi manusia” dan “mempertahankan hak semua bangsa”. Pandangan teras mereka adalah: Hindraf tidak patut berjuang “berasaskan sifat perkauman” (race based), sebaliknya haruslah berjuang “berasaskan keperluan” (needs based). Pendapat seperti ini tidak salah jika dilihat daripada segi gerakan sosial secara umum. Tetapi jika dilihat daripada segi hubungan antara penindasan bangsa dan bangsa yang ditindas, maka kritikan seperti ini berbaur menyembungikan atau menutupi kenyataan bahawa masalah penindasan bangsa masih merupakan masalah asas dalam masyarakat Malaysia.

Maka, tindakan HINDRAF mengemukakan tuntutan dan hasrat disifatkan suatu tindakan perkauman adalah tidak benar. Tindakan Hindraf sebenarnya serupa dengan DongZong atau Pertubuhan Cina lain yang mengemukakan hasrat dan tuntutan Bangsa Tiong Hua, mereka cuma mewakili rakyat berbangsa India di Malaysia untuk mengemukakan hasrat dan tuntutan. Persamaan kedua-dua pihak ini adalah mereka telah menonjolkan keadaan tertindas dua bangsa dan mengemukakan harapan dan tuntutan daripada perspektif bangsa tertindas masing-masing. Tindakan mereka langsung tidak berniat untuk mengkakis hak dan maruah bangsa yang lain. Apakah tindakan seperti ini salah? Kenapa mereka dituduh sebagai bersifat perkauman? Jika berbincang tentang berasakan keperluan, saya berpendapat bahawa masalah-masalah bangsa India di Malaysia haruslah dipandang berat oleh mereka yang membantah tindakan berasaskan perkauman, terutamanya Pakatan Rakyat yang telah bersedia untuk memerintah Negara ini. Ini adalah kerana jika berbanding dengan bangsa lain, masyarakat miskin berbangsa India dalam kesengsaraan ini sesungguhnya sangat memerlukan bantuan yang konkrit.

Hindraf telah membuat penyelidikan yang banyak dalam aspek masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat berbangsa India. Mereka telah merangkumi masalah-masalah yang terdesak ke dalam 5 years blueprint, dan mengemukakan cadangan-cadangan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah buat selama-lamanya. Mereka berharap blueprint ini mendapat sokongan bertulis daripada mana-mana gabungan politik (sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat). Hindraf secara terbuka berjanji akan menyokong dan berkempen untuk parti politik yang endos secara bertulis 5 years blueprintini. Fokus Hindraf hanya pada cara untuk membebaskan Bangsa India daripada kesengsaraan melalui saluran parti politik. Sejak 5 years blueprintini dikemukakan pada 25hb Disember 2012, banyak usaha telah diusahakan, setakat kini masih tidak mendapat balasan positif daripada kedua-dua PR dan BN.

Masyarakat bangsa India telah ditindas secara berterusan oleh hegemoni perkauman UMNO-BN. Mengikut percakapan Waythamoorthy, Hindraf tidak mungkin masih berkhayalan  terhadap UMNO ataupun kerajaan BN. Maka, mereka hanya boleh menaruhkan harapan kepada gabungan parti pembangkang terbesar pada masa kini iaitu Pakatan Rakyat untuk menyokong dan endos 5 years blueprint mereka. Saya berpendapat bahawa perasaan Hindraf sekarang adalah: tidak rela ditipu oleh BN selama 55 tahun, mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi sebenar. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PR masih belum memberi respon yang positif, ini pasti telah mengecewakan Hindraf.

Selepas menyertai mogok lapar ini selama 24 jam, saya dapat merasai bahawa, kehidupan Bangsa India telah sampai ke jalan buntu kerana ditindas oleh sistem penindasan bersifat perkauman. Aksi mogok lapar Waythamoorthy adalah balasan Bangsa India terhadap reaksi kedua-dua PR dan BN yang tidak mengendahkan 5 years blueprintHindraf. Pakatan Rakyat boleh menyatukan kuasa Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack demi kemaraan mereka ke Putrajaya, mengapa tidak Hindraf yang merupakan kuasa teras dalam membantah perkauman, malah termasuk kuasa-kuasa lain yang membantah rejim UMNO-BN seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Human Rights Party (HRP), BERSIH 2.0, parti-parti politik lain , NGO-NGO dan individu-individu demokratik. Saya percaya bahawa, rakyat jelata Malaysia sangat berharap satu barisan penyatuan demokratik yang kuat dapat ditubuhkan secepat mungkin, supaya dapat menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO. Jadi, apa kata Pakatan Rakyat?

没有评论: