2011年8月6日星期六

Forum Sempena Ulang Tahun Ke-10 FOS Johor




Forum Sempena Ulang Tahun Ke-10 FOS Johor
Panelis: Ambiga, Kua Kia Soong, Mohamad Sabu

Kenyataan akhbar 6hb Ogos 2011


Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (Friends of Suaram) Negeri Johor akan meraikan ulang tahun ke-10 pada 11hb September 2011, jam 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Program ulang tahun terdiri daripada dua bahagian dimana satu forum akan bermula tepat jam 2ptg hingga 5ptg, manakala jamuan makan akan bermula pada 5ptg dan tamat pada 6.30ptg.
Berasaskan kesimpulan yang dibuat atas pengalaman dalam 10 tahun yang lepas dan perkembangan kedaaan terkini, Jawatankusa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor (FOS Johor) telah menetapkan “NGO Sentiasa Berdampingan dengan Rakyat Jelata” sebagai tema program ulang tahun ke-10 kami supaya rakan-rakan sehaluan, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan yang mendukung nilai demokrasi dalam negeri mahupun seluruh negara, dapat berkongsi pendapat mengenai peranan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam suasana sekarang. Jawatankusa Kerja FOS Johor telah mengundang Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga, Timbalan Pengerusi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohamad Sabu dan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Kua Kia Soong sebagai panel dalam forum “NGO Sentiasa Berdampingan dengan Rakyat Jelata” untuk berkongsi pandangan dengan parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan orang awam seluruh negara dari sudut khas masing-masing.
Panel-panel ini diundang kerana:
1. Ambiga selaku pemimpin cemerlang BERSIH 2.0, telah berjaya menggerakkan dan memimpin “Perhimpunan Besar-besaran 709 dan Perarakan Demokrasi” yang julung kalinya berlaku (akhirnya berubah menjadi “Perarakan Tunjuk Perasaan 709” akibat represi kerajaan BN). Justeru itu, beliau telah menegakkan satu model yang gemilang dalam gerakan pertubuhan bukan kerajaan negara kita.
2. Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan pengerusi PAS pada bulan Jun baru-baru ini. PAS boleh dikatakan satu parti politik utama yang mempunyai asas massa yang luas dan kukuh dalam masyarakat Melayu pada masa kini. Mohamad Sabu juga mempunyai latar belakang NGO dan pengalaman mengorganisasi massa yang mendalam. Kita berharap beliau boleh mengemukakan pandangan berdasarkan amalan (praktik) PAS serta beliau sendiri.
3. Kua Kia Soong merupakan pemimpin penting dalam SUARAM dan gerakan NGO. Beliau telah menabur bakti dalam menggerakkan perkembangan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia di negara kita. Baru-baru ini, beliau telah menunjukkan keberanian dan tekad beliau dalam kes SUARAM saman kerajaan BN berkenaan skandal pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia di mahkamah Perancis. Ini telah mengembangkan peranan proaktif NGO yang berani berjuang.
Timbalan Pengerusi PAS Mohamad Sabu dan Pengarah SUARAM Dr.Kua Kia Soong telah menerima jemputan kami masing-masing pada 27hb Julai 2011 dan 28hb Julai 2011. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga turut menerima jemputan Jawatankuasa pada 2hb Ogos 2011. Jawatankuasa penganjur bersyukur kerana ketiga-tiga penceramah telah menerima undangan untuk sama-sama berucap di dalam forum kali ini. Jawatankuasa FOS merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan.
Untuk mengembangkan pengaruh dan peranan positif forum ini, penganjur memohon penceramah-penceramah membekalkan kertas pembentangan terdahulu untuk dijilid dan dicetak sebagai bahan edaran pada hari program. Penganjur juga akan menghantarkan kertas pembentangan ini kepada media massa dan pertubuhan-pertubuhan lain (termasuk parti-parti politik) pada pagi hari program dan dimuat naik ke laman web FOS Johor (suaramjb1.blogspot.com) untuk dilayari oleh masyarakat umum.
Majalah Edisi Khas Ulang Tahun ke-10
Selain menganjurkan forum serta jamuan, Jawatankuasa Kerja FOS Johor turut akan mengeluarkan sebuah Majalah Edisi Khas Ulang Tahun Ke-10 bagi menyimpulkan pengalaman perjuangan 10 tahun dan mengimbas kembali perubahan garis ideologi Jawatankuasa Kerja FOS Johor serta mengkaji peranan pertubuhan kami dalam gerakan sosial.
Semua yang berminat perlu membeli kupon untuk menyertai Forum dan Jamuan ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor. 500 kupon (500 peserta) telah disediakan. Harga satu kupon adalah RM35. Sesiapa yang berminat untuk membeli kupon, sila hubungi 016-7782707 atau 012-7227654 atau emel suaramjb1@gmail.com.


Mukadimah forum : “NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata”
Berikut merupakan mukadimah Forum “NGO Sentiasa Berdampingan dengan Rakyat Jelata” yang dikeluarkan secara rasmi pada 23hb Julai 2011:
3) Kenyataan media dalam Bahasa Inggeris

Petikan dari blog JK Kerja Sabahat SUARAM (FOS) Johor:
http://suaramjb1.blogspot.com/2011/08/forum-sempena-ulang-tahun-ke-10-fos_06.html

没有评论: